05 April 2023 (Rabu), satu sesi perjumpaan di antara Pengarah Pusat Koreksional Jasin, Melaka, PKP Mohd Idlan bin Jamil bersama Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Wilayah Tengah Negeri Selangor Tuan Haji Muhamad Yusni bin Ramelan bagi membincangkan mengenai pembangunan tanaman nanas di Pusat Koreksional Jasin, Melaka.
Perbincangan yang bermula pada jam 10.00 pagi bertempat di Pejabat Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Selangor turut dihadiri Puan Siti Hajar binti Ramlee, Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Sembilan/ Melaka dan juga TPP Aswari bin Che Ibrahim, Ketua Bahagian Pengurusan Banduan Pusat Koreksional Jasin, Melaka.
Beberapa perkara yang dibincangkan pada sesi perjumpaan antaranya, Pusat Koreksional Jasin, Melaka bercadang untuk membuka sejumlah 90 ekar lagi Tanaman Nanas MD2 selain mengenai apa-apa bentuk bantuan yang boleh diberikan oleh pihak Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kepada Pusat Koreksional Jasin, Melaka antaranya memberikan khidmat nasihat dan teknikal kepada pegawai dan kakitangan institusi.
Perbincangan berakhir pada jam 12.30 tengahari dengan sesi penyampaian cenderahati kepada Tuan Haji Muhamad Yusni bin Ramelan, Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Wilayah Tengah Negeri Selangor.