22 Mac 2023 (Rabu) / 9.00 Pagi / Pejabat Pengarah Penjara Sarawak - Majlis Sambutan Hari Penjara Hari Penjara Ke 233 Tahun 2023 yang bertemakan "Reformasi Kearah Pusat Pembangunan Peradaban Budaya Kemanusiaan" Peringkat Pejabat Pengarah Penjara Sarawak telah diadakan. Majlis telah disempurnakan oleh YDH TKP Mohd Andri bin Md Ridzwan, Pengarah Penjara Sarawak. Turut hadir PKK Fathi bin Mursidi, Timbalan Pengarah Penjara Sarawak dan PP Bolkiah bin Srah, Timbalan Pengarah Penjara Puncak Borneo mewakili Pengarah Penjara Puncak Borneo dan Pegawai serta Kakitangan Kompleks Penjara Puncak Borneo.
YDH Pengarah Penjara Sarawak telah menyampaikan Ucapan dan Amanat YBhg. Dato' Haji Nordin bin Haji Mohamad, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia. Sambutan dimeriahkan lagi dengan pengisian Sesi Ceramah bertajuk Kesihatan Mental yang telah disampaikan oleh Dr. Mohd. Afdhal bin Abdul Hadi, Pegawai Perubatan Hospital Sentosa kepada Pegawai dan Kakitangan.
Aturcara diteruskan dengan aktiviti gotong-royong di Pejabat Pengarah Penjara Sarawak yang melibatkan semua pegawai dan kakitangan.