Pada 22 Mac 2023 (Rabu), bertempat di Dewan Kelab Sukan Dan Kebajikan Penjara Pulau Pinang telah diadakan Majlis Sambutan Hari Penjara Kali Ke-233 peringkat Penjara Negeri Pulau Pinang. Antara acara yang diadakan ialah penyampaian Sijil Penghargaan bagi Anugerah Unit Terbaik, Anugerah Anggota Menunjukkan Prestasi Cemerlang, Anugerah Blok Terbaik Penjara Pulau Pinang dan Penjara Seberang Perai, Anugerah Ikon Integriti Jabatan Penjara Malaysia dan Perutusan Sambutan Hari Penjara Ke-233 daripada Komisioner Jeneral Penjara (KJP) yang disampaikan oleh PKK Hj. Zulkifli Bin Hj. Abdul Manah, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang dengan diiringi oleh PKK Mohd Khairil Nizam bin Anuar, Pengarah Penjara Seberang Perai dan PKP Mohamad Jusoh Bin Ismail, Pengarah Penjara Pulau Pinang.