| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Hari Penjara Ke-233 Peringkat Institusi Penjara Tawau

RABU, 22 Mac 2023 – Berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Penjara Ke-233 peringkat Institusi Penjara Tawau, Sabah bertempat di Gelanggang Bola Tampar Penjara Tawau. Majlis disempurnakan oleh Penguasa Supian Bin Kamarudin, Timbalan Pengarah Penjara Tawau diiringi Timbalan Penguasa Nurul Atika Binti Salahuddin. Seramai 137 anggota lain-lain pangkat hadir dalam majlis perbarisan tersebut. Perbarisan diketuai oleh Timbalan Penguasa Walter Blasius dan dimulakan dengan bacaan doa serta lafaz ikrar jabatan. Seterusnya, bacaan Amanat Komisioner Jeneral Penjara yang disampaikan oleh Penguasa Supian Bin Kamarudin.

Di antara pengisian program sempena Sambutan Hari Penjara Ke-233 kali ini adalah Program Derma Darah anjuran bersama Jabatan Patalogi Hospital Besar Tawau bertempat di Surau Penjara Tawau dengan penglibatan seramai 20 orang kakitangan. Lawatan kebajikan kepada 04 orang anggota yang sakit iaitu SM Albani Bin Lisani, Sjn Ariffin Kong@ Ariffin Bin Hassan, Sjn Apsaril Bin Jadala dan Sjn Jalil Bin Alil serta Dialog dan Ceramah (secara atas talian) daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang bertajuk Peranan SUHAKAM dalam Reformasi Penjara yang disampaikan oleh Puan Wan Norhafizah Binti Junid. Selain itu, institusi Penjara Tawau telah mendapat lawatan dan sokongan daripada Bank Rakyat sempena Sambutan Hari Penjara ke-233 Tahun 2023.

1) Perbarisan Hari Penjara

2) Program Derma Darah

3) Lawatan Kebaijikan

4) Dialog dan Ceramah

5) Lawatan daripada Bank Rakyat