| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Penyerahan Sumbangan Urusetia Lembaga Parol Kepada Pejabat Parol Daerah Melaka Tengah

Pada 23 Mac 2023 (Rabu) Urusetia Lembaga Parol dengan Kerjasama Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan telah menyumbang barangan keperluan asas berupa makanan untuk kegunaan ODP di bawah seliaan PPD Melaka Tengah. Penyerahan dilakukan di Pejabat Parol Daerah Melaka Tengah. Puan Siti Jalilah binti Abd Manap iaitu Setiausaha Bahagian Lembaga Parol bersama Urusetia Lembaga yang lain telah menyampaikan sumbangan kepada Ketua Parol Daerah Melaka Tengah iaitu KIP Mohd Reduan bin Yusop. Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka amat menghargai sumbangan tersebut dan menunjukkan keprihatinan Urusetia Lembaga Parol kepada ODP.