Pada 16 Mac 2023 (Khamis), bertempat di Masjid Umar Al-Khattab Kampung Lendu, Alor Gajah, PPN Melaka dan PPD Melaka Tengah telah menganjurkan Program Khidmat Komuniti bersama (14) ODP, (13) OBB dan (4) PBL SHG iaitu gotong-royong dengan kerjasama Komuniti Kampung Lendu, Alor Gajah Melaka.
Program diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada Komuniti Kampung Lendu, Alor Gajah mengenai Sistem Parol dan Pelaksanaan Program Pemulihan dalam Komuniti. Selain itu, program ini diadakan bertujuan untuk memupuk sifat keterbukaan dalam masyarakat untuk menerima dan menyokong ODP/OBB/PBL SHG menjalani kehidupan apabila kembali ke pangkuan masyarakat. Kampung Lendu ini di bawah pentadbiran Y.A.B. Datuk Seri Ketua Menteri Melaka (Dun Lendu).
Majlis telah dirasmikan oleh TKP Roslan bin Hj Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Melaka. Turut hadir PKK Norneelah binti Shukor, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka, Prof Madya Dr Hj Mohd Saladin bin Abd Rasool, Pengerusi Masjid Lendu, Alor Gajah Melaka, Hj Mahadi bin Inas Imam 1 Masjid Lendu, Alor Gajah Melaka dan Encik Razali bin Mohamed Pengerusi JPKK Kampung Lendu Melaka. Program ini juga mendapat liputan media Melaka Hari Ini.