Program Hijrah Harta Negeri Sembilan kerjasama CUEPACS Negeri Sembilan dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bersama Penjara Seremban telah diadakan pada hari Khamis, 2 Mac 2023 bersamaan 9 Syaaban. Antara pengisian program ialah ceramah berkaitan wakaf harta yang disampaikan oleh YBhg Al-Fadhil Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, Duta Wakaf Negeri Sembilan. Program bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tenghari. Seramai 250 orang Jabatan Kemas Negeri Sembilan dan Kesatuan Kakitangan Jabatan Kemas Semenanjung Malysia Negeri Sembilan, 100 orang kakitangan Cuepacs dan 100 orang kakitangan Penjara Negeri Sembilan yang melibatkan Penjara Seremban,Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sembilan, Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, Pusat Reintegerasi Penghuni Mantin, Pusat Daerah Seremban, Parol Daerah Tampi dan Parol Daerah Tampin. Penyampaian Cenderahati disempurnakan oleh YBhg. Tuan Ali Mazri bin Mauludin, Pemangku Pengarah Jabatan Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, kepada Pengarah Penjara Seremban PKP Sharil bin Basir dan penceramah jemputan.