Pada 15 Mac 2023, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka telah menganjurkan Program Integriti Siri 1/2023 bertempat di Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Melaka Tengah dengan penglibatan (40) kakitangan PPN Melaka dan PPD Melaka Tengah serta Pegawai Integriti institusi-institusi Penjara Negeri Melaka.
Program dirasmikan oleh TKP Roslan bin Haji Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Melaka. Turut hadir PKK Norneelah binti Shukor, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka. Hadir bersama penceramah jemputan Ustaz Husni bin Ali Hassan, Pensyarah Kolej Al Quran Sayyidina Ali (KAQSA) Negeri Melaka. Tajuk Program Integriti ialah Rasullullah s.a.w. dan Sahabat Ikon Integriti Dalam Kehidupan.
Program ini adalah sebagai salah satu agenda pengukuhan integriti dikalangan kakitangan institusi Penjara Negeri Melaka yang sentiasa menjadi fokus utama bagi menjadikan Jabatan Penjara Malaysia sebagai salah sebuah organisasi koreksional yang dikenali melalui tahap ketelusan yang tinggi.










