Pada 11 Mac 2023 (Sabtu) Unit Pemulihan Dan Rawatan, telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Ibu dan Anak Peringkat Penghuni wanita Penjara Pokok Sena yang diadakan di Perkarangan Penjara wanita melibatkan 17 orang penghuni wanita. Program ini bermula pada jam 10.30 pagi telah disempurnakan perasmiannya oleh TKP Abdul Kadir Jailani Bin Ismail,Pengarah Penjara negeri Kedah yang turut dihadiri oleh TKP Aminon Bin Adnan Pengarah Penjara Pokok Sena, Persatuan Gabungan Wanita negeri Kedah serta pihak media cetak dan elektronik. Objektif program ini bertujuan memberi peluang kepada penghuni wanita untuk bertemu secara bersemuka bersama anak dan ahli keluarga.