Pada 15 Februari 2023 (Rabu), Penjara Seremban telah menerima Lawatan Lapangan oleh Pegawai HM Prison And Probation Service (HMPPS) Mr. Dave Atkinson telah disambut oleh Pengarah Penjara Seremban, PKP Sharil Bin Basir bersama pegawai-pegawai kanan Institusi Penjara Seremban. Kedatangan mereka disambut dengan persembahan Rentak Muhibah dan Band daripada penghuni Penjara Seremban.
Tujuan lawatan ini adalah bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan kepenjaraan. Lawatan ini diteruskan ke Bengkel Kayu, Bengkel Jahit, dapur dan Blok Penempatan penghuni.