4 Mac 2023 : Telah berlangsungnya aktiviti sukan bersama ahli-ahli dan anak-anak PERSIAP Penjara Sungai Petani bertempat di Super Bowl, Park Avenue Taman Sejati, Sungai Petani, Kedah. Pada jam 3.00 Petang bermula Acara Pertandingan Bowling bersama ahli-ahli PERSIAP yang bertemakan "Kain Batik Sarung". Acara ini melibatkan 33 orang pemain termasuk 7 orang anak-anak lelaki dan 6 orang anak-anak perempuan. Acara dimulakan dengan sesi bergambar dan balingan perasmian oleh Pengerusi PERSIAP Cawangan Penjara Sungai Petani, Pn. Wan Nafisah bt Wan Kamaruddin. Acara diakhiri dengan penyampaiàn hadiah oleh Pegawai Yang Menjaga Penjara Sungai Petani PKP Abd Zaini bin Ibrahim, diiringi Pn. Wan Nafisah bt Wan Kamaruddin dan KIP Ku Mohd Faizal bin Ku Shuib.
Acara ini dimenangi oleh:-
Johan - Pn. Haslida bt Alwaly- 329
N.Johan- Pn. Noor Azreen bt Mohd - 322
Ke-3 - Pn. Rosmawati bt Ismail- 287
Jatuhan Pin Tertinggi- Pn. Noor Azreen bt Mohd
Jatuhan Pin Terendah - Adik Aniq Danish b Sazuwairi
Hadiah Misteri - Adik Nazurah bt Ahmad Mudasir










