Matomo

Majlis Makan Malam Seri Bakti Pegawai Kanan Penjara Sungai Petani Kedah Bagi Tahun 2023

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Makan Malam Seri Bakti Pegawai Kanan Penjara Sungai Petani Kedah Bagi Tahun 2023

26 Februari 2023 : Telah berlangsungnya Majlis Makan Malam Seri Bakti Pegawai Kanan Penjara Sungai Petani 2023 anjuran Kelab Pegawai Kanan dengan jayanya di Hotel Purest Sungai Petani, Kedah. Majlis Makan malam berkonsepkan Mess Night Jabatan Penjara Malaysia pertama diadakan di Negeri Kedah dan Zon Utara. Ianya juga turut menjadi permulaan yang baik untuk dicontohi bagi penganjuran majlis-majlis yang akan datang melibatkan penyertaan pegawai dan anggota. Majlis disempurnakan oleh YDH TKP Aminon Adnan bagi mewakili Pengarah Negeri dan kehadiran VIP lain dari institusi Penjara Negeri Kedah. Majlis diserikan lagi dengan persembahan daripada pihak Unit Kebudayaan Jabatan Penjara Malaysia serta nyanyian daripada pegawai dan anggota dari institusi bagi meraikan pegawai yang berpencen dan pegawai yang berpindah institusi. Semoga majlis ini menjadi kenangan semua yang terlibat dan membuka minda pegawai-pegawai dalam urus selia protokol Jabatan Penjara di masa akan datang.