02 Mac 2023 (Khamis) Lawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam Malaysia Berhad Encik Mohd Muazzam bin Mohamed bersama kumpulan Pegawai Kanan Bank Islam Malaysia ke Pusat Koreksional Jasin, Melaka. Lawatan tersebut disambut oleh PKP Mohd Idlan bin Jamil Pengarah Pusat Koreksional Jasin, Melaka bersama PP Mohd Suffian bin Said, Pegawai dari Seksyen Vokasional dan Industri IPPM dan Pegawai dari Pejabat Penjara Negeri Melaka. Lawatan dimulakan dengan taklimat oleh PKP Mohd Idlan bin Jamil berhubung operasi dan fungsi yang dilaksanakan oleh institusi ini. Aturcara lawatan utama adalah ke tapak Tanaman Fetegasi Rock Melon yang bertemakan “Amal Untuk Alam” dan simbolik penyerahan Replika Cek sumbangan oleh Bank Islam Malaysia berjumlah RM 52,600.00. Lawatan diteruskan ke kawasan tanaman lanskap sayur-sayuran secara hidroponik seperti timun jepun, sawi dan salad di (7) buah rumah hidroponik tersebut adalah hasil sumbangan daripada Bank Islam Malaysia. Lawatan diteruskan dengan sesi interaksi Orang DiSelia (ODS) bersama barisan Pegawai Kanan Bank Islam Malaysia yang bertujuan untuk memberikan input kepada pihak korporat bantuan-bantuan yang boleh diberikan. Lawatan diakhiri dengan menandatangani Buku Pelawat dan penyerahan cenderahati kepada Encik Mohd Muazzam bin Mohamed.