Ceramah Isra’ Mikraj 1444H Peringkat Penghuni Penjara Taiping telah diadakan pada hari Rabu, 15 Februari 2023 bersamaan 24 Rejab 1444H. Antara pengisian program ialah ceramah berkaitan peristiwa Isra’ dan Mikraj serta kewajipan menunaikan solat yang disampaikan oleh YBhg. Al-Fadhil Ustaz Nazri bin Yaakob, Guru Takmir Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). Penyampaian Cenderahati disempurnakan oleh Ustaz Muhamad Firdaus bin Abdullah, Ketua Unit Agama, Penjara Taiping kepada penceramah jemputan. Program bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari. Seramai 120 orang penghuni terlibat dalam program ini.










