| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Bulan Antidadah, Peringkat Seksyen Rawatan Dan Pemulihan Dadah, Penjara Kajang

Pada tarikh 22 februari 2023 (Rabu), Seksyen Rawatan dan Pemulihan Dadah, Penjara Kajang telah mengadakan Program Bulan Antidadah, Peringkat Seksyen Rawatan dan Pemulihan Dadah, Penjara Kajang. Program ini telah dirasmi oleh Penguasa Penjara Maswardi bin Masri, Ketua Seksyen Rawatan dan Pemulihan Dadah, Penjara Kajang dan turut melibatkan seramai 5 orang dari Persatuan Pengasih Malaysia dan 200 orang banduan yang terlibat kes dadah yang jumlah kekerapan masuk (Relaps) ke penjara melebihi 10 kali. Tujuan program ini adalah untuk merealisasikan Dasar Dadah Negara dengan memberi motivasi dan kesedaran dalam mengekalkan kepulihan kepada penghuni mengenai bahaya penyalahgunaan dadah. Aturcara program melibatkan sesi ceramah bertajuk Ketagihan Dadah yang disampaikan oleh En. Hafizi bin Harun, Timbalan Presiden Pengasih Malaysia, persembahan kumpulan Dikir Barat, persembahan deklamasi sajak, pemberian hadiah pertandingan lukisan poster, pemberian hadiah pertandingan deklamasi sajak dan persembahan kumpulan Band Seksyen Rawatan dan Pemulihan Dadah, Penjara Kajang. Program ini diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada penceramah dan jamuan.