21 Februari 2023 (Selasa), Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah mengadakan Kursus Civilized Humane Culture Development Centre (CHCDC) yang telah dikendalikan oleh PKK Murali a/l Rajoo, Timbalan Pengarah Penjara Sungai Buloh. Kursus ini disertai seramai (31) orang pegawai kanan, anggota lain-lain pangkat dan kakitangan awam dan diketuai oleh PP Mohd Suffian bin Md Said, Timbalan Pengarah Pusat Korekisonal Jasin, Melaka.
Objektif utama kursus ini adalah :
1. Memperkasakan Prison Reform.
2. Mewujudkan Pusat Pembangunan Peradaban Budaya Manusia.
3. Mewujudkan Rehabilitative Culture Prison.
4.Merangsang Pembentukkan Keperibadian Berdasarkan Kod Etika Jabatan Penjara Malaysia.