Matomo

Kejohanan Sepak Takraw Dan Pertandingan Lagu Asli Dan Moden Sempena Karnival Sukan Dan Festival Kesenian Penjara Negeri Sarawak Tahun 2023

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Sepak Takraw Dan Pertandingan Lagu Asli Dan Moden Sempena Karnival Sukan Dan Festival Kesenian Penjara Negeri Sarawak Tahun 2023

Pada 18 Februari 2023 (Sabtu), telah diadakan Kejohanan Sepak Takraw dan Pertandingan Lagu Asli dan Moden sempena Karnival Sukan dan Festival Kesenian Penjara Negeri Sarawak Tahun 2023 anjuran Kelab Sukan Penjara Sarawak dan dikelolakan oleh Pusat Koreksional Bintulu, Sarawak. Kejohanan Sepak Takraw yang telah dilangsungkan di Dewan Taman Sri Pelabuhan, Bintulu, Sarawak ini menghimpunkan 8 pasukan yang bertanding iaitu Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Penjara Puncak Borneo, Penjara Pusat Sri Aman, Penjara Pusat Sibu, Penjara Pusat Miri, Penjara Limbang, Pusat Koreksional Bintulu (A), dan Pusat Koreksional Bintulu (B). Manakala bagi Pertandingan Lagu Asli dan Moden, seramai 18 orang peserta telah mengambil bahagian melibatkan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan semua institusi penjara Negeri Sarawak bertempat di Times Square Megamall, Bintulu, Sarawak. Perasmian pembukaan Kejohanan Sepak Takraw telah disempurnakan oleh Timbalan Komisioner Penjara, Mohd Andri bin Md Ridzwan, Pengarah Penjara Negeri Sarawak merangkap Yang Dipertua Kelab Sukan Penjara Sarawak yang turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua-Ketua Institusi Penjara Negeri Sarawak. Majlis Penutupan dan penyampaian hadiah bagi Kejohanan Sepak Takraw dan Pertandingan Lagu Asli dan Moden telah diadakan pada jam 8.00 malam di Times Square Megamall, Bintulu, Sarawak dan disusuli dengan Majlis Makan Malam. Keputusan penuh adalah seperti berikut:

Kejohanan Sepak Takraw

Johan : Pusat Koreksional Bintulu (A)
Naib Johan : Penjara Limbang
Tempat ketiga Bersama : Penjara Pusat Sri Aman & Penjara Puncak Borneo

Pertandingan Lagu Asli dan Moden


Lagu Asli (Kategori Lelaki)

Juara : Insp Mohd Khalil bin Bujang (PPPNS)
Naib Juara : Sjn Annuar bin Laah (Penjara Puncak Borneo)
Tempat Ketiga : Wdr Mohd Tazudin bin Jamaludin (Penjara Pusat Miri)


Lagu Asli (Kategori Wanita)

Juara : Puan Josping anak Amoh (Penjara Puncak Borneo)
Naib Juara : Puan Julia anak Albert (Penjara Pusat Miri)
Tempat Ketiga : Tiada


Lagu Moden (Kategori Lelaki)

Juara : Insp David anak Andrew (Penjara Pusat Sibu)
Naib Juara : Sjn Nazri bin Arpan (PPPNS)
Tempat Ketiga : Kpl Mohd Hafidzul bin Razak (Penjara Pusat Sri Aman)


Lagu Moden (Kategori Wanita)

Juara : KIP Agnes Leha anak Merdu (Penjara Pusat Miri)
Naib Juara : Puan Lisa anak Gani (Penjara Pusat Sibu)
Tempat Ketiga : Puan Jane binti Joanie (Pusat Koreksional Bintulu)