Matomo

Perjumpaan Banduan Warga Iran Bersama Pihak Kementerian Kehakiman Republik Iran

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perjumpaan Banduan Warga Iran Bersama Pihak Kementerian Kehakiman Republik Iran

Pada 21 Februari 2023 (Selasa), Penjara Sungai Udang telah menerima lawatan daripada pihak Kehakiman Republik Iran untuk perjumpaan secara bersemuka bersama banduan dan banduanita warga negara Iran yang berada di Penjara Sungai Udang bersempena Joint Expert Meeting (JEM) diantara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Iran serta perjanjian bersama Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa dan Pemindahan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Seramai (4) orang wakil Kehakiman Republik Iran telah hadir diiringi oleh YBhg. TKJP Dato’ Ibrisam bin Abdul Rahman (Timbalan Komisioner Jeneral Penjara – Pemasyarakatan), YDH. TKP Hafidz bin Othman (Pengarah Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa dan Pemindahan), YDH. TKP Roslan bin Haji Mohamed (Pengarah Penjara Negeri Melaka), YDH. TKP S.Gunasegaran a/l Shammugam (Pengarah Penjara Sungai Udang) dan wakil kakitangan dari Kementerian Dalam Negeri. Seramai (3) orang banduan lelaki hukuman lama warga negara Iran, (1) banduan lelaki (banduan akhir) dan (4) orang banduanita (banduan akhir) telah diberi peluang untuk berjumpa bersama Kedutaan Iran. Program telah berakhir pada 5.30 petang.