Pada 16 Februari 2023 (Khamis), Program Perjumpaan Bersemuka Banduan Akhir Penjara Kajang telah diadakan melibatkan 21 orang penghuni banduan akhir. Seramai 80 orang ahli keluarga daripada 20 keluarga banduan akhir telah hadir ke program ini. Program ini telah diadakan di Dataran Perbarisan pagi di Penjara Kajang. Bermula dengan pendaftaran ahli / waris penghuni pada 8.00 pagi. Majlis dihadiri oleh PKK Tuan Preshadin Bin Monshee (Timbalan Pengarah Penjara Kajang), PKP Muhammad Kamal Bin Shamsudin (Ketua Bahagian Pengurusan Banduan dan Pemasyarakatan) bersama-bersama barisan pegawai kanan dan kakitangan Penjara Kajang. Diharapkan program yang telah dijalankan ini dapat memberi peluang kepada banduan akhir untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Program ini selaras dengan usaha jabatan sebagai Pusat Pembangunan Ketamadunan dan Kebudayaan Manusia (CHCDC).