Pada 28 Januari 2023 (Sabtu), Unit Program Pembangunan Insan (Lain-lain Agama) Penjara Kajang telah mengadakan sembahyang khas sempena Sambutan Hari Ponggal Peringkat Penghuni Penjara Kajang 2023 dengan kerjasama Malaysia Hindu Sangam yang melibatkan penyertaan seramai 200 banduan. Program tersebut telah berlangsung di Dewan AB, Penjara Kajang. Antara pengisian program pada kali ini ialah persembahan nyanyian lagu-lagu suci bersama banduan dan ceramah dari wakil Malaysia Hindu Sangam, En Alagandran A/L Sevasamy serta memasak ponggal. Program ini diserikan dengan kehadiran oleh PKP Anbalagan A/L Subramaniam, Ketua Bahagian Keselamatan dan Inteligen dan IP Tharumanraj A/L Nadaraja,Ketua Unit Lain-Lain Agama. Program ini berobjektifkan meningkatkan semangat dan harapan agar banduan menjadi manusia yang berguna apabila dibebaskan kelak.