| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sambutan Jalinan Kasih Tahun Baru Cina Peringkat Penghuni Penjara Kajang 2023

Pada 15 Februari 2023 (Rabu), Program Sambutan Jalinan Kasih Tahun Baru Cina Peringkat Penghuni Penjara Kajang telah diadakan dan program ini  melibatkan 43 orang penghuni yang terdiri daripada banduan akhir dan banduan biasa berserta 99 orang ahli keluarga  penghuni. Sebanyak 33 keluarga telah hadir ke program ini. Program ini telah diadakan di Dataran Perbarisan Pagi di Penjara Kajang. Majlis dihadiri oleh PKK Tuan Kamarulzaman Bin Ismail (Timbalan Pengarah Penjara Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur) dengan diiringi oleh PKP Muhammad Kamal Bin Shamsudin (Ketua Bahagian Pengurusan Banduan dan Pemasyarakatan). Majlis turut mengundang PKK Puan Lim Kim Mooi dan Encik Muhammad Khir (Ahli Lembaga Parol Kementerian Dalam Negeri), Dato’ Sri Badrul Hisyam Bin Abdul Aziz (Yayasan Better Malaysia), En. Sim Kok Ghee & En. Wong Chan Kok (Persatuan Geha Bodhi Care Center) dan Tuan Chang Kian Hock (Persatuan Masyarakat Prihatin Zi Zai Yuan Di Kuala Lumpur) dan barisan pegawai kanan dan kakitangan Penjara Kajang. Majlis diserikan dengan gimik perasmian ‘gaul yee sang’, persembahan tarian singa dan nyanyian daripada kumpulan “The Correctional Boy”. Diharapkan program yang telah dijalankan ini dapat memberi peluang kepada penghuni untuk merasai Sambutan Tahun Baru Cina disamping mengeratkan hubungan kekeluargaan. Program ini selaras dengan usaha jabatan sebagai  Pusat Pembangunan Ketamadunan dan Kebudayaan Manusia (CHCDC).