Sambutan Isra Dan Mikraj Peringkat Penghuni Penjara Kajang 1444H/ 2023M telah diadakan pada hari Khamis, Februari 2023 bermula jam 9.00 pagi. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ustaz Azhar Bin Haji Wi, Ketua Unit Agama Penjara Kajang. Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid daripada penghuni dan ceramah penghayatan Isra dan Mikraj yang disampaikan oleh Al-Fadhil Us Zul Fazlan Bin Yusof. Hadir sama dalam sambutan ini ialah PKK Preshahdin Bin Monshee, Timbalan Pengarah Penjara Kajang. Seramai 200 orang banduan bersama dalam program ini.