2 Februari 2023 (Rabu - Khamis) – Sekolah Integriti Puncak Alam, Pusat Koreksional Puncak Alam, Selangor telah mengadakan Program Restu Ilmu di Bilik Operasi Pusat Koreksional Puncak Alam yang melibatkan pelajar dan keluarga, bertujuan sebagai salah satu usaha untuk mendapatakan komitmen daripada ahli keluarga pelajar dalam membantu murid meraih kejayaan di samping mengeratkan silaturahim kekeluargaan antara pelajar yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada bulan Februari 2023.
Majlis disempurnakan oleh Penguasa Penjara Mohd Ismawi bin Sulong, Timbalan Pengarah, Pusat Koreksional Puncak Alam dan di hadiri oleh pengurusan banduan institusi, pegawai – pegawaia kanan, barisan guru akademik serta ibu bapa pelajar. Antara pengisian sepanjang program berlangsung adalah solat hajat, bacaan yassin, serta tazkirah bertajuk “Kelebihan Ilmu”. Akhir program diadakan penyampaian cenderahati kepada ibu bapa pelajar.