Simulasi Kepenjaraan Bagi Pegawai Kader Jakim Gred S29 Lantikan Baharu Di Penjara Kajang telah diadakan pada hari Khamis, 09 Februari 2023 bermula jam 10.00 pagi. Seramai 25 orang penolong pegawai hal ehwal Islam lantikan baru yang akan bertugas di institusi penjara seluruh Malaysia telah bersama dalam program ini. Mereka telah diberi pendedahan awal suasana dan budaya kerja di institusi penjara dan perlaksanaan program pemulihan khususnya program halaqah bagi banduan di Penjara Kajang yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Bin Haji Wi, Ketua Unit Agama Penjara Kajang. Hadir sama dalam program ini ialah IP Nur Amanina Izaty Binti Che Long dan Us Amir Adili Bin Mohd Noor daripada Bahagian Agama dan Kaunseling, Ibu Pejabat Penjara Malaysia.