19 Januari 2023, Puncak Alam – Sambutan Tahun Baru Cina telah diadakan di Pusat Koreksional Puncak Alam (PKPA) oleh badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Masyarakat Prihatin Zi Zai Yuan Di Kuala Lumpur. Program ini telah dihadiri Timbalan Pengarah PKPA, PP Mohd Ismawi bin Sulong, Ketua Sektor Pengurusan Banduan, TPP Muhammad Faris bin Rusli, Ketua Unit Pendidikan (KUP) Puan Rusmawati binti Hj. Radzi dan wakil persatuan, Encik Tan Chin Hong. Program yang diadakan di Blok Akademik dimeriahkan dengan penyertaan 30 orang penghuni dan guru-guru Sekolah Integriti Puncak Alam (SIPA).
Acara dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Sektor Pengurusan Banduan dan ucapan dari wakil pertubuhan. Program ini disulam dengan persembahan dari The SIPA Busker serta nyanyian oleh wakil pelajar. Sambutan juga diceriakan dengan alunan lagu perayaan dari wakil pertubuhan dan kakitangan. Selain itu, pihak NGO turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang dalam pertanding poster sempena hari perayaan serta sumbangan buah limau kepada penghuni dan kakitangan. Sesungguhnya, dengan sambutan perayaan yang diadakan ini sedikit sebanyak dapat memberi peluang kepada para penghuni merasai suasana perayaan meskipun terpisah dari keluarga tersayang.