Pada 25 Januari 2023 (Rabu) Unit Pemulihan Penjara Seremban telah melaksanakan Program Jalinan Kasih Sempena Tahun Baru Cina Peringkat Institusi Penjara Seremban bertempat Di Dewan Wawasan Penjara yang dirasmikan oleh Pengarah Penjara Seremban PKP Sharil Bin Basir. Majlis turut dihadiri oleh YB Adun Lobak dan 17 orang wakil dari bimbingan agama buddha. seramai 20 orang penghuni terlibat dengan majlis ini dan diberi jamuan makan Sempena Perayaan Tahun Baru Cina, turut diadakan persembahan Band dari penghuni Penjara Seremban untuk meriahkan majllis perayaan Tahun Baru Cina. Program ini dapat memberi peluang kepada para penghuni untuk bertemu secara bersemuka dengan keluarga masing-masing. Semoga program ini dapat menyuntik semangat dan mengeratkan hubungan kekeluargaan serta mewujudkan nilai-nilai murni dikalangan penghuni.