| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Penghuni Penjara Kajang 2023

Pada 16 Januari 2023 (Isnin) bertempat di Dewan AB,Penjara Kajang telah diadakan Program Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Penghuni Penjara Kajang. Seramai 210 penghuni yang terlibat dalam program tersebut. Majlis telah disempurnakan oleh,PKK Preshahdin Bin Monshee (Timbalan Pengarah Penjara Kajang), KIP Mohd Shahril bin Yahaya ( Ketua Unit PPI) dan IP Tharumanraj A/L Nadaraja ( Pegawai Penyelaras Lain-Lain Agama) dan  Pengerusi NGO Persatuan Masyarakat Prihatin Zi Zai Yuan Di Kuala Lumpur ,En.Chang Kian Hock  dan Pegawai-pegawai Pemulihan. Majlis diserikan lagi dengan persembahan tarian singa dan nyanyian koir sebagai tanda perasmian. Program ini diadakan bertujuan untuk meraikan warga penghuni penjara yang berketurunan Cina serta mewujudkan satu perhubungan yang baik  antara wakil-wakil NGO dengan pihak Penjara. Majlis berakhir pada jam 12.00 tengah hari.