Matomo

Ceramah Motivasi Kepada Penghuni-Penghuni Di Penjara Kajang Selangor

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Ceramah Motivasi Kepada Penghuni-Penghuni Di Penjara Kajang Selangor

Pada 21 Januari 2023 ( Sabtu ), Seksyen Pemulihan Penjara Kajang (Unit Penyelaras Lain-lain Agama)  Institusi Penjara Kajang, Selangor telah menganjurkan Program Ceramah Motivasi kepada banduan di Penjara Kajang, Selangor. Seramai  150 orang penghuni  beserta kakitangan terlibat dalam program tersebut. Majlis dimulakan dengan sesi ceramah tentang Kesedaran diri, Kemasyarakat dan Kenegaraan oleh penceramah yang dijemput khas iaitu Dr. Kader Ibrahim M. Rashad Khan. Turut hadir dalam majlis tersebut Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Inteligen, TKP Anathurai a/l Kalimuthu dan Ketua Bahagian Keselamatan & Inteligen PKP Anbalagan A/L Subramaniam.Matlamat utama program seperti ini dianjurkan supaya memberi kesedaran kepada penghuni-penghuni untuk berubah dan menjadi insan yang berguna untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara apabila dibebaskan kelak.