Pertandingan Marhaban Peringkat Penghuni Penjara Kajang 1444H/ 2023M telah diadakan pada hari Khamis, 26 Januari 2023 bermula jam 9.00 pagi. Pertandingan ini disertai oleh 10 kumpulan yang mewakili blok masing-masing termasuk daripada Rawatan Pemulihan Dadah (RPD) Penjara Kajang. Pertandingan telah diadili oleh SM Ali Badram Bin Halim, SJN Abd. Rahman Bin Abd. Khani, Us Zulfadhli Bin Zafik dan Us Syahril Azwan Bin She Heelmi. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ustaz Azhar Bin Haji Wi, Ketua Unit Agama Penjara Kajang. Seramai 200 orang banduan bersama dalam program ini.










