Matomo

Majlis Perbarisan Bulanan Dan Pemakaian Pangkat Anggota Bagi Bulan Januari Tahun 2023 Peringkat Penjara Penor

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perbarisan Bulanan Dan Pemakaian Pangkat Anggota Bagi Bulan Januari Tahun 2023 Peringkat Penjara Penor

Pada 17 Januari 2023 (8.00 pagi) – Telah berlangsung Majlis Perbarisan Bulanan bagi Bulan Januari 2023 Peringkat Penjara Penor, Pahang bertempat di Perkarangan Penjara Penor. Majlis telah dihadiri oleh 150 orang kakitangan yang terdiri daripada pegawai kanan, anggota lain-lain pangkat dan kakitangan awam. Aturcara majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang, Bakti Setia dan Bacaan Ikrar. Pada majlis tersebut, Pengarah Penjara Penor, PKK Fayrouz bin Ahmad Zawawi telah menyampaikan Amanat Komisioner Jeneral Penjara Sempena Tahun Baru 2023. Perhimpunan Bulanan diteruskan dengan acara Pemakaian Pangkat yang melibatkan (01) penerima, Anugerah Personaliti Bulanan (01) penerima dan Anugerah Sijil Penghargaan Membantu Membanteras Penyeludupan Artikel Larangan ke Dalam Penjara (01) penerima, yang turut disampaikan oleh PKK Fayrouz bin Ahmad Zawawi.