18 Januari 2023 (Rabu) – Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) telah mengadakan Program MEKAR Komuniti dengan Kerjasama Bersama Jabatan Pendaftaran Negara Siri 1/2023 bertempat di Dewan Pusat Terapi Komuniti, IPDJ. Program ini telah berlangsung pada jam 11.00 pagi yang dihadiri oleh TPP Ahmad Arifuddin B. Ahmad Tarmidzi, Timbalan Penguasa Penjara IPDJ, Pegawai Kebajikan IPDJ, Pegawai Unit Program Pembangunan Insan (PPI) dan Anggota Unit Kawalan & Pencegahan (UKP) serta (7) orang pegawai dari Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sembilan. Program ini diadakan bagi memberi kemudahan penyediaan MyKad yang telah hilang dan kepentingan Program Reintegrasi Penghuni Industri (PRPI) serta Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) kepada penghuni.










