13 Januari 2023 (Jumaat), seramai (10) Orang DiSelia (ODS) dan (07) orang kakitangan Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah terlibat dalam Program Khidmat Komuniti dan Solat Jumaat di Masjid Al-Firdaus Kampung Bukit Senggeh Selandar, Melaka. Program telah bermula jam 9.00 pagi dan berakhir sehingga selesai Solat Jumaat. Antara aktiviti utama adalah membersihkan kawasan persekitaran dalaman dan luaran masjid disamping bersua kenal menyambung silaturrahim dengan penduduk setempat. Program sebegini dapat melatih ODS untuk mengadaptasi diri dengan masyarakat luar apabila dibebaskan kelak.










