18 Januari 2023 (Rabu), bertempat di Dewan Orkid Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah diadakan Kursus Penyegaran Tatacara Pengiringan Dan Kawalan Banduan PTKJP Bil. E 302 dan Penggunaan Gari yang dikendalikan oleh TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak dan Ketua Inspektor Zulkefli bin Man, melibatkan seramai (15) peserta terdiri daripada (07) Pegawai Kanan dan (07) anggota lain-lain pangkat. Antara objektif kursus adalah :-
1) Memberi pendedahan serta kefahaman yang lebih mendalam berhubung tatacara pengiringan dan kawalan banduan kepada pegawai dan anggota semasa menjalankan tugas.
2) Mendedahkan dan meningkatkan pengetahuan penggunaan gari dan jenis-jenis gari yang berkesan dan selamat.
Objektif pihak pengurusan untuk melahirkan Pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berilmu dan ‘multipurpose’ akan dapat direalisasikan.










