16 Januari 2023 (Isnin) – Telah berlangsungnya Majlis Dialog Bulanan bagi Bulan Januari 2023 Peringkat Institusi Penjara Sungai Petani, Kedah bertempat di Dewan Seminar Penjara Sungai Petani. Seramai lebih dari 100 anggota dan kakitangan hadir dalam majlis berkenaan. Institusi ini amat berbesar hati dengan kehadiran Pengarah Penjara Negeri Kedah, TKP Abdul Kadir Jailani bin Ismail dan KIP Noor Azni bin Othman dari Pejabat Penjara Negeri Kedah yang meluangkan masa hadir dalam sesi dialog. Ini adalah kali pertama TKP Abdul Kadir Jailani bin Ismail mengadakan sesi dialog bersama dengan anggota dan kakitangan Penjara Sungai Petani semenjak beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Penjara Negeri Kedah. Pada minggu pertama tahun 2023, beliau telah mengadakan perjumpaan dengan barisan Pegawai Kanan institusi ini serta mengadakan lawatan ke dalam premis. Majlis turut dihadiri oleh pihak pengurusan institusi terdiri daripada PKP Abd Zaini bin Ibrahim selaku PYM Penjara Sungai Petani, PP Mohd Sabri bin Md Arshad, PP Zaini bin Ahmad dan TPP Mohd Yusrizal bin Othman. Banyak nasihat dan tunjuk ajar disampaikan oleh Tuan Pengarah kepada seluruh anggota. Beliau juga turut menyatakan supaya semua institusi di Negeri Kedah bekerja dalam satu pasukan dan tidak berada dalam dunia masing-masing.










