Pada 14 Januari 2023 (Sabtu), jam 8.00 pagi bertempat di Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi, Kedah, seramai 19 peserta terdiri daripada 13 anggota Penjara Sungai Petani, 3 anggota Pusat Reintegrasi Penghuni Industri Sungai Petani dan 3 ahli Kelab Gymnasium Rakyat, Sungai Petani telah terlibat dalam acara kayuhan ini. Acara dirasmikan oleh PKP Abd Zaini bin Ibrahim, Pengarah Penjara Sungai Petani. Kayuhan bermula dari Akademi Koreksional Malaysia hingga ke Pantai Cenang, Langkawi. Jarak kayuhan ialah sejauh 63km. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memupuk kerjasama yang erat dikalangan kakitangan penjara dan juga menaikkan imej Jabatan Penjara Malaysia.










