15 Januari 2023 (Ahad) - Bertempat di Perpustakaan Penjara berlangsungnya Majlis Restu Ilmu Sekolah Integriti Sungai Petani (SISP). Majlis bertujuan merapatkan penghuni yang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bersama ahli keluarga bagi mendapat restu dari mereka. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yassin yang dipimpin oleh Ustaz Hamdi bin Osman. Kemudian ahli keluarga pelajar mendengar ucapan daripada Ketua Unit Pendidikan Puan Salma binti Dali, ucapan wakil waris yang hadir diikuti ucapan perasmian oleh PP Zaini bin Ahmad. Seterusnya majlis diteruskan dengan lafaz ikrar oleh pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM 2022 dan kemudiannya pemberian beg sekolah dengan peralatan menulis tanda simbolik keperihatinan pihak sekolah mahukan kejayaan dari pelajar. Acara penyampaian cenderahati oleh PP Zaini bin Ahmad kepada waris merupakan acara penutup sebelum berpisah, pelajar-pelajar memohon restu dan keberkatan dari keluarga masing-masing.










