| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Bengkel Teknik Menjawab SPM Peringkat Sekolah Integriti, Penjara Sungai Petani

Pada  9 hingga 12 Januari yang lalu, Unit Sekolah Integriti Sungai Petani telah mengadakan bengkel teknik menjawab peperiksaan SPM untuk calon-calon yang bakal menduduki SPM akan datang. Program ini adalah hasil kerjasama antara Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda / Yan yang diwakili oleh Puan Leila binti Nasser dengan pihak Penjara Sungai Petani. Seramai 7 orang guru luar yang berpengalaman telah dijemput untuk menyampaikan ceramah untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam dan Moral. Setinggi jutaan terima kasih ingin ditujukan kepada pihak pengurusan Penjara Sungai Petani, Tuan Pengarah dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sehingga program ini berjaya dilaksanakan  dengan jayanya.