Pada 12 Januari 2023 bertempat di Perpustakaan Institusi Penjara Sungai Petani berlansungnya majlis jamuan makan sempena perayaan Krismas peringkat institusi Penjara Sungai Petani. Majlis dihadiri oleh 6 orang wakil dari Persaudaraan Katolik Penjara. Seramai 20 orang penghuni terlibat dengan majlis ini dan diberi jamuan makan sempena perayaan Krismas. Turut diadakan majlis penyerahan sumbangan sabun kepada pihak pengurusan institusi untuk diagihkan kepada penghuni di Penjara Sungai Petani. Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Pengarah Penjara Sungai Petani, PKP Abd Zaini bin Ibrahim, PPP Fudzly bin Abdul Wahab dan KIP Rezzuan bin Mat Rahim selaku wakil dari Unit Pemulihan institusi. Majlis diakhiri dengan penyerahan Plaque Cenderahati daripada institusi kepada Persaudaraan Katolik Penjara.