Ceramah Koreksi Diri 2023 Peringkat Penghuni Penjara Taiping telah diadakan pada hari Khamis, 05 Januari 2023. Antara pengisian program ialah Ceramah Motivasi berkaitan Koreksi Diri yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamed Sabir bin Jamaludin, Presiden Pertubuhan Alif merangkap CEO Alif Consultant. Program ini merupakan program tahunan yang diadakan pada setiap awal tahun bagi memberi kesedaran dan menerapkan motivasi yang tinggi kepada penghuni berkaitan azam dan matlamat kehidupan. Beliau turut menyampaikan sumbangan 100 buah buku (Cabaran Dakwah 25 Rasul) yang ditulis oleh beliau kepada penghuni Penjara Taiping yang diterima sendiri oleh PKK Nazri bin Mohamad, Pengarah Penjara Taiping. Penyampaian Cenderahati disempurnakan oleh Ustaz Muhamad Firdaus bin Abdullah, Ketua Unit Agama, Penjara Taiping. Program bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari yang melibatkan seramai 120 orang penghuni.