Pada 09 Januari 2022, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) telah mengadakan lawatan berkala ke Penjara Seremban Negeri Sembilan yang disambut oleh PKP Sharil Bin Basir (Pengarah Penjara Seremban) bersama pegawai-pegawai kanan Institusi Penjara Seremban. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memantau pengurusan tempat tahanan supaya menepati piawian hak asasi manusia. Selain itu juga, SUHAKAM turut mendapatkan taklimat dari segi isu-isu berkaitan Penjara Seremban daripada Pengarah Penjara Seremban PKP Sharil Bin Basir. SUHAKAM juga turut melawat ke blok-blok tahanan, klinik dan dapur serta bengkel, suruhanjaya juga mengadakan temubual secara rawak dengan penghuni di blok tahanan dan kakitangan yang bertugas. Untuk tindakan susulan SUHAKAM mengemukan hasil dapatan dan syor-syor penambaikan kepada pihak Pengarah Penjara Seremban PKP Sharil Bin Basir.