06 Januari 2023 (Jumaat) telah berlangsung Program Taklimat dan Latihan Penggunaan Ujian Saringan Hepatitis C di Pusat Koreksional Jasin, Melaka bersama Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dan Pejabat Kesihatan Daerah Jasin (PKDJ). Program ini melibatkan seramai 7 orang wakil daripada JKNM dan PKDJ serta 15 orang kakitangan Pusat Koreksional Jasin, Melaka dimulakan dengan taklimat dan ceramah kesihatan daripada wakil JKNM, Doktor Nur Hairi berkaitan penyakit Hepatitis C dan diikuti dengan sesi soal jawab serta bengkel demonstrasi penggunaan ujian saringan Hepatitis C.
Program ini diharap berjaya memberi pendedahan kepada peserta berkaitan penyakit Hepatitis C, cara saringan dan juga rawatan yang tersedia. Kesemua kakitangan Pusat Koreksional Jasin,Melaka juga telah diberikan sijil pentauliahan untuk menjalankan ujian saringan Hepatitis C kepada banduan dan kakitangan.