Pada 19 Disember 2022, telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Perkhidmatan Pendidikan Peringkat Sekolah Integriti Sungai Petani (SISP) bertempat di Bilik Mesyuarat Penjara, Sungai Petani. Mesyuarat ini bertujuan memantapkan program 3M Menulis, Membaca, Mengira dan Memahami di Penjara Sungai Petani disamping berbincang tentang hala tuju dan cabaran pendidikan di Sekolah Integriti Sungai Petani dan Penjara Sungai Petani secara amnya. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan Penolong Kanan Komisioner Bahagian Pengurusan Banduan, Tuan Azhar bin Ahmad sebagai pengerusi majlis, diikuti pembentangan program 3M oleh Puan Halawiah Safinas binti Ishak, Ketua Sektor Pendidikan dan diikuti taklimat oleh Ketua Unit Pendidikan, Puan Salma binti Dali. Majlis disusuli dengan tayangan montaj pengenalan Sekolah Integriti Sungai Petani. Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Penjara Sungai Petani, Penguasa Penjara Mohd Sabri bin Md Arshad dan Timbalan Penguasa Penjara Mohd Yusrizal bin Othman serta Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan, Encik Mukhtar bin Mansur. Turut hadir bersama wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Encik Zakimi bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Unit Sekolah Jenis Khas dan Encik Azman bin Azmi, Penolong Pengarah Unit Sekolah Jenis Khas serta Puan Murni Wati binti Abdul Karim, Kaunselor Pendidikan Negeri Sektor Psikologi dan Kaunseling.