13 Disember 2022 (Selasa), seramai 28 Orang DiSelia (ODS) dan 13 anggota serta kakitangan Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah terlibat dalam Program Khidmat Komuniti di Masjid Ar-Rahim Merlimau. Program Khidmat Komuniti ini adalah bagi melaksanakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan dalaman dan persekitaran masjid. Aktiviti utama lain juga adalah membersihkan tanah perkuburan yang terletak bersebelahan masjid. Program diakhiri dengan ODS menunaikan solat Zuhur bersama AJK masjid. Program sebegini dapat membuang stigma negatif masyarakat terhadap ODS serta menghilangkan sangkaan negatif diri ODS terhadap masyarakat.