Program Temu Mesra Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Bersama Masyarakat Siri 3/2022 Di Penjara Kajang Dan Masjid Jabatan Penjara Kajang telah diadakan pada hari Khamis, 08 Disember 2022. Program bersama penghuni Penjara Kajang diadakan di Surau At-Taqwa, Penjara Kajang bermula jam 9.00 pagi yang melibatkan 200 orang penghuni. Antara pengisian program ialah Ceramah Kerohanian Pemantapan Diri yang disampaikan oleh SF Ustaz Muhamad Sujak bin Muhamad Dasuki, Ketua Penolong Mufti (Bahagian Fatwa), PMWP, Halaqah Fardhu Ain bersama pegawai PMWP dan Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat serta majlis tausiah dan penutupan program. Hadir sama dalam program bersama penghuni ini ialah PKP Muhamad Kamal Bin Shamsuddin, Ketua Bahagian Pengurusan Banduan & Pemasyarakatan, Penjara Kajang, SF Dr. Syed Shahridzan bin Syed Mohamed, Ketua Penolong Mufti (Bahagian Penyelidikan), PMWP dan Dr. Ahmad Zaky bin Md Ali @ Tahir, Pegawai Tadbir Agama, Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat. Program diteruskan bersama komuniti kompleks Penjara Kajang bertempat di Masjid Jabatan Penjara Kajang bermula jam 6.30 petang. Antara pengisian program ialah Forum Perdana PMWP Bersama Masyarakat, Majlis Tahnik, Klinik Hukum dan semakan Tarikh Lahir Hijrah. Hadir sama dalam program bersama komuniti ini ialah Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman Bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan, TKP Rosoman Bin Abu Bakar @ Che Din, Pengarah Penjara Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, TKP Mohd Roslen Bin Ramli, Pengarah Penjara Kajang dan PKK Preshahdin Bin Monshee, Timbalan Pengarah, Penjara Kajang merangkap Nazir Masjid Jabatan Penjara Kajang.