| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Saringan Kesihatan Ke Atas Orang Diselia (ODS)

13 Disember 2022 (Selasa), Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah menjalankan Program Saringan Kesihatan untuk Orang DiSelia (ODS) umur 40 tahun ke atas. Pihak yang terlibat adalah dari Klinik Kesihatan Jasin, Melaka seramai (4) orang kakitangan diketuai oleh Doktor Syazni dan Klinik Kesihatan Merlimau, Melaka seramai (3) orang kakitangan diketuai oleh Doktor Siva. Melibatkan seramai 111 ODS diperiksa tahap kesihatan merangkumi berat badan ideal (BMI), tekanan darah (kenalpasti Darah Tinggi/ Hipertensi) dan kandungan gula (kenalpasti Kencing Manis/ Diabetes). Melalui saringan ini, terdapat 10 ODS yang berpotensi mengalami darah tinggi dan kencing manis yang akan diadakan ujian dan rawatan susulan.