29 November 2022 (Selasa), Unit Pemulihan dan Agama Penjara Penor telah mengadakan Program Motivasi Al-Quran Peringkat Penghuni yang telah dihadiri oleh Yang Hormat Sahibus Samahah Dato’ Sri Hj. Abdul Rahman bin Hj. Osman, Mufti Negeri Pahang bersama kakitangan Jabatan Mufti Negeri Pahang. PP Ahmad Ikhwan bin Mohd Zin Timbalan Pengarah Penjara Penor bersama TPP Mohd Suhaimi bin Sautar, Timbalan Bahagian Pemulihan bersama pegawai dan anggota unit pemulihan telah hadir memeriahkan program. Objektif utama program ini bagi memberi pendedahan kepada penghuni tentang asas hafalan Al-Quran terkini yang lebih praktikal untuk diterapkan kepada penghuni.
Pengisian program ini dimulakan dengan persembahan hafazan penghuni Tahfiz Baitul Hikmah Penjara Penor dan seterusnya ceramah teknik hafazan oleh Yang Hormat Sahibus Samahah Dato’ Sri Hj. Abdul Rahman bin Hj. Osman, Mufti Negeri Pahang. Program ini memberi impak positif kepada para penghuni dalam mendalami ilmu Al-Quran dengan lebih baik.