Pada 24 November 2022, bertempat di Dewan Keris Laksamana, Penjara Sungai Udang telah diadakan Program Muzikal Muhibah 2022 Jabatan Penjara Malaysia dan Forum “Integriti Pemangkin Ketamadunan Bangsa” dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF). Program telah dirasmikan oleh YBhg. TKJP (Keselamatan dan Koreksional) Dato’ Abdul Aziz bin Abdul Razak. Turut hadir, YBrs. Komisioner Penjara Ajidin bin Salleh (Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan). Selain itu, turut hadir Pengarah-Pengarah Penjara Negeri dan Pengarah-Pengarah Institusi. Program Muzikal Muhibah 2022 telah berlangsung mulai 22 hingga 24 November 2022 melibatkan seramai 70 orang banduan dari 7 Institusi. Antara institusi yang terpilih adalah Penjara Sungai Udang, Penjara Kajang, Penjara Pokok Sena, Penjara Tapah, Penjara Bentong, Pusat Koreksional Perlis dan Institut Pemulihan Dadah, Jelebu. Berikut adalah keputusan Program Muzikal Muhibah 2022:-
a) Johan - Penjara Sungai Udang
b) Naib Johan - Penjara Kajang
c) Ketiga - Penjara Tapah
d) Anugerah Skrip Terbaik (Penjara Kajang)
e) Anugerah Pengarah Terbaik (Penjara Sungai Udang)
f) Anugerah Koreografer Terbaik (Penjara Sungai Udang)
g) Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (Penjara Kajang)