Ceramah Kesedaran Jenayah 2022 Peringkat Penghuni Penjara Taiping telah diadakan pada hari Rabu, 30 November 2022 di Surau Al-Hidayah Penjara Taiping. Antara pengisian program ialah Ceramah Kesedaran Jenayah yang disampaikan oleh YBhg. Al-Fadhil Tuan Haji Mohd A’fifi bin Abdul Rahman, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Al-Akram, Larut Matang Selama Perak, Sesi Refleksi Kesedaran Diri dan Sesi Soal Jawab Kesedaran Jenayah secara berkumpulan. Program ini merupakan program yang julung kali diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Al-Akram Larut Matang Selama Perak. Penyampaian Hadiah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd A’fifi bin Abdul Rahman kepada semua penghuni terlibat manakala penyampaian cenderahati telah disempurnakan oleh TPP Mohd Zuhaimizam bin Mohd Noor. Program bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari yang melibatkan seramai 200 orang penghuni.