Pada 16 November 2022 (Rabu), Program Jalinan Kasih Deepavali Peringkat Penghuni Penjara Kajang telah diadakan melibatkan 45 orang penghuni beserta 135 orang ahli keluarga penghuni. Program ini telah diadakan di Dataran Perhimpunan Pagi Penjara Kajang bermula dengan pendaftaran ahli / waris penghuni pada jam 7.30 pagi. Majlis dihadiri Timbalan Pengarah Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan, PKK Kamarulzaman Bin Ismail, Pengarah Penjara Kajang, wakil daripada Urus Setia lembaga Parol, Timbalan Pengarah Penjara Kajang, Ketua Bahagian Keselamatan Dan Inteligen dan Ketua Bahagian Pengurusan Banduan & Pemasyarakatan bersama-bersama barisan pegawai kanan, warga kerja beserta wakil dari NGO luar iaitu Hindu Sangam Malaysia dan wakil media daripada Makkal Osai.Program yang telah dijalankan ini dapat memberi peluang kepada penghuni untuk merasai suasana sambutan Hari Deepavali disamping mengeratkan hubungan dengan keluarga yang tercinta. Diharapkan semoga program ini mampu membentuk penghuni-penghuni ke arah insan yang berguna pada keluarga dan Negara.