Pada 11 November 2022, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka dan PPD Melaka Tengah telah menganjurkan Majlis Graduasi Program Heads Up Siri 3 (Penutup) bersama PBL SHG, ODP & OBB dengan kerjasama Syarikat Saora Industries Sdn Bhd dan Syarikat Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS). Majlis ini dihadiri oleh PKK Abdul Rahman bin Taib, Timbalan Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti IPPM dan PKK Norneelah binti Shukor, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka. Turut hadir sebagai penaja program ialah Tuan Hizwani Hassan Pengarah Hal Ehwal Berkepentingan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) serta Puan Farzena Balan Pengarah Urusan Saora Industries. Majlis Graduasi Program Heads Up bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada 50 peserta terdiri daripada PBL-SHG, ODP dan OBB yang terlibat dengan beberapa siri kursus sebelum ini bersama Pegawai Psikologi, Perkeso, Jabatan Tenaga Rakyat dan program team building bersama veteran Komando ATM. Tujuan kursus ini diadakan untuk menerapkan disiplin yang tinggi agar menjadi individu yang berkemahiran dan mempunyai jati diri serta mampu bersaing dalam pasaran pekerjaan sebagai warganegara yang produktif dan berjiwa patriotik. Seterusnya pihak Ekuinas dan Saora Industri telah dibawa melawat ke Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka bagi melihat program pemulihan yang dilaksanakan di bawah Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN). Ketibaan tetamu jemputan disambut oleh PKP Zan Azim bin Aziz, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka.